Assalammualaikum and salam sejahtera. First of all my name is Siti Nur Syaqira Bt Sheikh Ahmad Zabani. Here, for this subject STID 1103 I would like to share with all of you about my hobby and my experience in horse riding. At the first, I fall in love in this hobby when i was at semester 2.
Minat dengan kuda ini sudah lama tetapi baru berkesempatan untuk merasainya apabila saya belajar di Universiti Utara Malaysia. Saya memanfaatkan kemudahan yang disediakan di UUM dengan sebaiknya kerana inilah merupakan minat saya sebelum ini. Setelah menyertai sukan berkuda ini saya dapat mengenali jenis-jenis kuda dan perangai-perangai kuda. Antara contoh memek-memek muka kuda adalah seperti apabila kedua telinganya kedepan menunjukkan kuda sedang cergas dan berminat, apabila telinga nya dikembangkan dan kedepan itu bermakna kuda mengantuk,selamba,tidak sihat atau peserah. apabila telinga kuda ke belakang dan menegak menunjuukan kuda selamba, bosan atau tidak sihat manakala apabila telinga kuda kebelakang dan kebawah menunjukkan kuda marah dan agresif. selain itu terdapat pelbagai warna-warna kuda antaranya ialah warna bay, chestnut, brown, black, grey, palamino, apaloosa, roan, dun dan dark grey.
Selain itu, selepas saya menyertai sukan berkuda ini saya sudah boleh mengenalpasti tanda-tanda pada kuda yang memboleh kan saya mengenali seseekor kuda itu. antara tanda pada muka kuda adalah seperti bintang, jalur, jalur berbelak, blaze, guntingan dan muka putih. manakala tanda-tanda pada kaki kuda pula adalah seperti koronet putih, pastern putih, fetlock putih, stoking pendek, stoking panjang dan tanda ermine. kuda perlulah dirapikan sebelum dan selepas menunngang. antara alat-alat perapian kuda adalah seperti hoof pick with brush, rubber curry comb, plastic curry comb,mane comb, cleaning tissue, towel,dandy brush,sweat scraper,body brush,hoof oiland brush, and sponge.
Kuda juga merupakan binatang yang sangat serasi dengan jiwa manusia. bagi saya kuda dapat menghilangkan tekanan. Apabila saya menghadapi tekanan belajar saya akan menunggang dan bercakap dengan kuda. Pada saya, kuda dapat memahami perasaan manusia. Antara pengalaman saya menaiki kuda adalah saya pernah jatuh ketika sedang canter di mana canter merupakan step yang terakhir bagi kuda iaitu lari pecut. kuda mempunyai tiga peringkat pergerakan iaitu walking, troting dan canter. Selain itu, saya pernah menyertai endurance di International Endurance Park, Lembah Bidong, Terengganu. Endurance merupakan sukan lasak dalam kuda selain polo dan jumping. Saya telah mewakili UUM sebagai groomer untuk pendedahan awal dan mengutip pengalaman sebelum menjadi rider yang professional. Endurance merupakan sukan yang menguji ketahanan dan kebajikan kuda di mana kuda perlu menghabiskan track sejauh 45km, 95km dan 120km dengan baik dan sihat mengikut piawaian kesihatan kuda yang telah ditetapkan. Di dalam endurance ini kuda akan melalui track seperti paya bakau, ladang kelapa sawit, laluan tepi pantai, ladang tebu, hutan-hutan dan sebagainya. Endurance merupakan pengalaman yang terbaik yang pernah saya lalui bersama kuda di mana saya dapat melihat pelbagai jenis-jenis kuda yang bertanding dari pelbagai Kelab-kelab kuda di setiap Negeri dan daripada universiti-universiti yang lainnya. Dengan menyertai endurance ini saya dapat belajar dan cuba berhadapan dengan pelbagai jenis perangai kuda.








No comments:
Post a Comment